Syukur sangat-sangat Ya Allah .. Tak sangka jualan dadih begitu memberangsangkan sampai tak sempat nak buat tempahan coklat. Seminggu hampir 200 pcs dadih telah di jual ..
Alhamdulillah.. 20 pcs lagi dadih perisa durian ..
Tempahan dari Ju sebanyak 400pcs Coklat Oreo Bride & Groom ..
Tempahan telah di buat pada bulan 12 ...Tema nak sama macam contoh..
Tempahan hendak di ambil pada 5.4.2012 iaitu 4 hari selepas majlis saya.. Asalnya nak tolak order tapi atas permintaan & dah order awal ambil juga order & terpaksa siapkan sebelum Majlis..
Alhamdulillah, walaupon penat sangat-sangat nak menyiapkan Coklat ini & Coklat-coklat untuk Majlis persiapan diri sendiri, Akhirnya siap juga Tempahan Coklat dari Ju ni..